Rebut Permata Ilmu mengenai Junjungan Mulia Rasul s.a.w di bulan mulia !

Sempena bulan Maulidur Rasul ini anda boleh menimba sebanyak mungkin ilmu dari buku-buku yang ada di perpustakaan kampus masing-masing. Carilah contoh terbaik yang ada pada Nabi s.a.w sebagai pedoman hidup kita.

Sesungguhnya manusia yang paling bijak dan beruntung ialah mereka yang bijak mengurus dunianya seimbang dengan akhiratnya. Maka ikutilah jejak langkah Rasul s.a.w dalam mengharungi dunia yang singkat ini untuk kehidupan dunia dan akhirat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kumpul sebanyak mungkin permata-permata ilmu yang berada didalam buku-buku ini sebagai pedoman hidup anda. Antara buku-buku menarik perlu dibaca ialah :

1. Bukti-bukti  sains dan sejarah keRasulan  Muhammad/ Dr. Danial Zainal Abidin (OS BP 133.7.M84.D36 2002)


Buku ini ditulis untuk semua umat Islam bagi menjawab segala tohmahan yang dilontarkan kepada nabi. Bukti-bukti kerasulan sebenarnya telah ada seawal kemunculan agama Hindu, Buddha , Kristian yang tertulis didalam kitab-kitab mereka. Ulasan diberi juga mengambil  pandangan tokoh-tokoh intelek bukan Islam.

2. Mengenali Rasulullah s.a.w/ penyusun Ust. Johari Yaman (OS BP 75.29.M4 M46 2009)


Karya ini membantu kita semua kearah mengenali dan menginsafi diri, memahami kebenaran  Islam yang dibawa oleh Junjungan kita Rasulullah s..a.w. Ia mengupas peristiwa-peristiwa penting sebelum Hijrah, , tahun pertama Hijrah hingga tahun ke sebelas Hijrah, hikmah-hikmah dan pengajarannya, perwatakan dan keperibadian Nabi s.a.w dan zikir-zikir yang selalu diamalkan oleh Nabi s.a.w.

3. Great personalities in Islam/ Compiled by Badr AzimAbadi(OS BP 70.G74 2007)


Selain dari ilmu mengenai Nabi Muhammad s.a.w , didalam buku ini  anda boleh mengenali tokoh-tokoh ternama yang telah mengangkat Islam dengan ketokohan mereka yang tiada tolok bandingannya didalam berbagai bidang,  4 Imam mazhab, para sufi, pentafsir dan pemikir Islam, cendekiawan sains Islam, pendakwah, ahli politik, para mujahid Islam penulis Islam tersohor, reformers/ pembaharu, penakluk yang agung, pemerintah yang disegani lawan dan pentadbir modenis Islam.

Anda juga boleh melihat buku-buku lain dalam subjek yang sama melalui OPAC perpustakaan. Sila layari website kami di library.unikl.edu.my untuk link ke OPAC. Hubungi kami sekiranya terdapat sebarang kesulitan di sambungan 4276 atau 4284 En. Khairul Anwar atau En Kamal.

Selamat membaca dan semoga tambahan ilmu ini menerangi jalan hidup anda.

Posted on February 24, 2011, in Announcement. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: