Majlis Serahan Sumbangan Rak Buku

Pada 6 Mac 2012, satu majlis serahan sumbangan rak buku telah belangsung. Bertempat di Sek. Keb. Kuala Pomson, serahan telah  disampaikan oleh Puan Pazilah Binti Hamzah, Pengurus Kanan Perpustakaan Universiti Kuala Lumpur.

Hadir ketika menerima sumbangan adalah Ustaz Shahrul Bin Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan S.K.K.P dan Guru Media Pusat Sumber, Puan Siti Norina Abdullah.

Sebanyak 10 unit rak buku telah disumbangkan kepada Pusat Sumber tersebut. Dana untuk sumbangan rak buku ini diperolehi melalui tabung kutipan  rak buku sekolah anak-anak orang asli atau lebih dikenali sebagai Rural School Bookshelf Fund (R.S.B.F.).

 

Terdahulu, Universiti Kuala Lumpur turut menyumbangkan sebanyak  500 buah bahan bacaan kanak-kanak kepada Pusat Sumber S.K.K.P. Menurut Guru Media pusat sumber terbabit Puan Siti Norina Abdullah, hasil dari sumbangan tersebut, murid-murid sekolah tersebut semakin berminat untuk hadir ke Pusat Sumber dan membaca buku. Peningkatan minat membaca dikalangan anak-anak orang asli ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam graf perbezaan analisa status program nilam tahap rakan pembaca di sekolah tersebut.

Berikut adalah merupakan peningkatan graf tersebut.

Dapat dilihat daripada graf bahawa penyertaan murid-murid dalam program rakan pembaca meningkat sebanyak 38.46% pada Oktober 2011 berbanding 13.99% pada Oktober 2010.

Ini menunjukkan peningkatan minat membaca sebanyak 24% dalam tempoh setahun, kesan daripada sumbangan bahan bacaan daripada Universiti Kuala Lumpur.

Melihat kepada peningkatan yang memberangsangkan ini, dapat disimpulkan bahawa usaha Universiti Kuala Lumpur menghulurkan sumbangan bahan bacaan kanak-kanak kepada sekolah tersebut telah memberi impak yang positif. Terutamanya dalam menyemai minat membaca dikalangan anak-anak orang asli dan kanak-kanak dipendalaman.

Selain daripada sumbangan beberapa buah rak buku dan bahan bacaan kanak-kanak, Universiti Kuala Lumpur turut menyumbangkan beberapa set permainan minda kepada Pusat Sumber tersebut.

 

Posted on March 27, 2012, in Activity. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: